Hari Merdeka 2016



SJKC Brinchang telah terpilih untuk menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan Tahun 2016. Perbarisan ini telah berlangsung di Padang Awam, Tanah Rata, Cameron Highlands. 

Acara bermula seawal 8 pagi dan murid-murid diarahkan mengambil tempat tepat pada pukul 7:45 pagi. Pihak sekolah telah menyediakan banner bertemakan Hari Merdeka dan juga sepanduk yang melambangkan identiti sekolah. 

Seramai tiga orang guru pengiring telah mengikuti acara ini dan 20 orang murid telah mengambil bahagian.

Murid-murid telah diarahkan untuk memakai pakaian seragam Pengakap. Murid-murid kelihatan bersemangat bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik. Mereka juga amat teruja semasa menyaksikan pelbagai persembahan.

Majlis bersurai pada jam 10:45 pagi setelah menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh penganjur. 

Secara keseluruhannya, penyertaan murid dalam Sambutan Hari Kemerdekaan bagi Tahun 2016 ini telah memberikan mereka pelbagai pendedahan yang berguna disamping memupuk semangat patriotik dalam diri masing-masing.














No comments:

Post a Comment